Assalamualaikum... Hai sekali lagi... Kini bermula satu lembaran baru dalam hidup saya sebagai manusia. Hahaha... (Chewah ayat poyo)... Pembinaan sebuah empire bermula dari dasar dan kini saya bermula satu empire kecil yang dinamakan "Dealer Sdn. Bhd". Memang saya masih lagi dalam proses menimba ilmu dan belajar lebih lagi tentang dunia perniagaan, tapi In Sha Allah akan berjaya kelak.
Dealer Sdn. Bhd diasaskan oleh dua budak mentah yang lahir di sebuah kampung dan bertemu secara tidak dirancang. Permulaan sebuah idea dicetuskan oleh En Darwis yang bercerita kepada En Azmi tentang perniagaan sebagai sumber kekayaan. Saya sebagai selaku perlaksana melihat itu sebagai peluang memandangkan usaha saya mencari pekerjaan di bandar terbantut atas dasar politik dalaman sebuah syarikat yang tidak menentu.
Kadar pengangguran di kampung turut meningkat menyebabkan saya ingin mengambil inisiatif untuk memberi pekerjaan kepada budak-budak kampung. Kadar jenayah turut meningkat menambahkan lagi keinginin saya untuk mengubah anak-anak muda agar tidak mengikut jejak-jejak hitam.
Dealer Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat multitasking dimana syarikat ini berurusan dengan perniagaan berasaskan agro pertaniaan dan penternakan di samping menjadi pembekal kepada makanan ruminan binatang berkaki empat, dua & bersayap. (lembu, ayam, ikan, kambing & lain-lain).
In Sha Allah dengan niat yang baik, doa dari ibubapa, keluarga dan orang yang tersayang akan memberi rezeki yang berkat kepada kami.





No comments:
Post a Comment