Monday, 27 May 2013

Sahabat

Kawan,sahabat dan teman. Ayat yang digunakan untuk mengambarkan seseorang yang baik kepada kita. Tidak semestinya rapat dan akrab,cukup la sekadar ada di saat kita memerlukan. Mereka la yang akan membantu masa dalam keadaan susah dan senang. Untuk mengambarkan apa yang dipanggil sebagai sahabat, terdapat banyak pengalaman pahit manis yang memberi seribu malahan jutaan warna dalam kehidupan.

Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Nak cerita setiap pengalaman, banyak sangat... Just bagi para sahabat yang membaca penulisan ini. Ni hint yang mungkin boleh buat kamu ingat. (^-^)...... 

1. Polis Rasuah
2. Melaka
3. Mentor
4. Abang Adik
5. BlackList
6. Semester 1,2,3,4,5 dan 6.
7. Alpha
8. Twintech
9. UUM
10. KB
11. Sesekolah
12. Dan sebagainya.

Lihat gambar-gambar di bawah. =)











Siapa la kita tanpa sahabat.... Untuk kawan-kawan lain yang tiada dalam gambar,jangan kecil hati. En.Mee ada album gambar yang banyak gambar kita semua. Terima kasih sebab menerima sebagai sahabat. 
SAHABAT UNTUK SELAMANYA!

Wednesday, 22 May 2013

Angin Perubahan ( Wind Of Change)

Ya hello...Bertemu lagi dalam penulisan blog yang kurang dapat perhatian ini... Hahaha... (^-^)
Hari ni nak cerita mengenai angin perubahan @ Wind of Change...

Perubahan... Perlukah perubahan ini? Adakah perubahan ini satu perkara yang dituntut? Apa kah yang di maksudkan dengan seseorang atau sesebuah kaum kena berubah? Ada surah yang berbunyi....


Surah AlAnfaal. Ayat 053.

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Baiklah... Nak cakap pasal agama, En.Mee tidak la searif saudara saudari di sana. Tapi dari ayat ni, En. Mee dapat simpulkan bahawa, perubahan pada diri atau sesuatu kaum,ini cuma dapat dibuat sekiranya individu itu atau kaum itu yang membuat perubahannya. Maksudnya, Allah sendiri tidak menyatakan keraguan yang seseorang itu boleh berubah. Kalau Allah tidak ragu,why must we doubtful with our self? Emmmm.... Tanya la diri sendiri... Yakin la yang kita boleh berubah Inshaallah... Sesungguhnya Dia maha mengetahui tentang apa yang ada di langit dan di bumi. Kita manusia ni,tak cuba,mana la nak tahu. Istiqamah dalam perjuangan. Berubah la demi masa depan...

Perlukah perubahan ini? Bagi En.Mee, bergantung dengan diri sendiri. Berhati-hati dengan perubahan. Jika diri ni teruk, maka perubahan ni perlu. Teruk dari segi apa? Sifat,sikap,perangai dan seangkatan dengannya yang memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling. Melukakan hati ibubapa. Orang yang tersayang. Renung diri sendiri.... Moga Allah menyampaikan hidayahnya kepada orang-orang yang sudi menerimanya. Amin...

Tuesday, 21 May 2013

Kemenangan Pertama dan Ketiga


First Medal pertandingan Futsal Piala Dr.Hamzaid
Nampak macam emas kan? Hehe... Sebenarnya gangsa ja tu... =)

Melawat Kak Sulung


~Si Bungsu melawat Si Sulung~
~Agak banyak perbezaan pendapat,tetapi adik beradik hingga ke akhir hayat~
(^-^)

Memutuskan Silaturahim, Satu Dosa Besar


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari

Huraian:
Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.


Sumber:hadis.feryco.com

Kebimbangan!

Kebimbangan apa itu kebimbangan? Gangguan Kebimbangan Am (GAD) adalah satu tekanan dan kegelisahan kronik yang diperbesarkan walaupun tiada apa yang mencetuskannya. Orang yang mengalami GAD akan sentiasa menunggu berlakunya bencana, gelisah secara berlebihan berkenaan kesihatan, wang, keluarga atau kerja. Mereka susah untuk berehat dan tidak dapat mengenepikan rasa ambil tahu mereka walaupun mereka sedar bahawa kebimbangan mereka tidak rasional. Kesusahan mereka akan diikuti oleh gejala-gejala fizikal terutamanya menggeletar, gerenyetan, ketegangan otot, sakit kepala, meragam, berpeluh atau berasa panas secara tiba-tiba.

Mereka akan berasa seperti hendak pitam atau sesak nafas dan mungkin rasa mual atau perlu pergi ke tandas dengan lebih kerap. Selalunya kerosakan yang dikaitkan dengan GAD adalah sederhana dan mereka yang mengalami gangguan ini tidak akan berasa begitu tersekat dalam persekitaran sosial atau semasa bekerja. Bagaimanapun jika ianya teruk, maka GAD boleh melesukan, yang mengakibatkan susah melakukan aktiviti-aktiviti harian yang mudah sekalipun.

Petikan diatas diambil dari sumber, www.cgh.com.sg. Bla3..... Apa pun yang dimaksudkan di atas,kesimpulannya bimbang ni berkaitan tentang perasaan la.... Contohnya gelisah dan lain-lain. Menurut pengalaman En.Mee, dia pernah mengalami kebimbangan ini berkali-kali. Namun,setiap kebimbangan yang dialaminya, terdapat suatu perasaan kosong yang menyelubungi.

Kita rasa bimbang,kenapa pula rasa kosong? Mengada betul penulis ni... Hahaha... Ada yang terfikir macam ni? Ok yang ni berdasarkan pengalaman En.Mee. Awak tak rasa diam-diam la. Terus membaca.... =) Seterusnya, Perasaaan tu bertukar kepada perasaan benci dan marah. Kenapa? setelah diselidiki,perasaan itu berubah akibat daripada kekosongan yang dihadapi. Ingin mencari jawapan tapi tidak tahu di mana dan bagaimana nak mula. Frust berusaha mencari jawapan kepada kebimbangan,berubah menjadi kekosongan. Kekosongan bertukar menjadi benci dan marah pada diri sendiri yang kerap kali disalurkan kepada orang lain. Ini lebih dikenali sebagai gangguan emosi. Perasaan bercampur baur...

Penyelesaian kepada rasa bimbang yang tidak menentu ini ialah dengan kembali kepada ajaran agama masing-masing. Dalam Islam,kebimbangan ini sering berkait rapat dengan rasa bersalah@berdosa. Orang yang berdosa sering berasa bimbang. 

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila kamu terlibat dengan kesusahan atau kedukacitaan, maka katakanlah “Allahu-Rabbuna-La-Syariikalahu” (Allah tuhan kami, kami tidak syirik) [RiwayatBaihaki]. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.). 

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada rasa dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang..”(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi)

Kesimpulannya, belajar la untuk mengawal perasaan diri sendiri. Banyakkan berdoa dan jangan lupa amalkan ajaran yang dituntut dalam agama masing-masing.

Monday, 20 May 2013

Gadis Yang Kaya Dengan Senyuman


Senyum la... Sebab ianya free...
Abaikan gadis lawa di belakang tu.... =)

Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi).


Kesimpulannya,senyum la sebab senyuman mu begitu berharga... Nak kena belajar senyum (^-^)

Permulaan Suatu Kisah

Al kisah tersebut la kisah kehidupan En.Mee yang kecewa berulang kali dengan diri sendiri yang mahukan perubahan tetapi sukar dilakukan. Hai En.Mee... Bila la kamu mahu berubah ni? Adakah memang adat manusia yang mahukan perubahan tetapi sukar untuk dilakukan?

Baru-baru ni En.Mee ada mengikuti krusus kepimpinan di sebuah Uni yang tidak perlulah disebut namanya tetapi memang best. Abaikan kisah sedih peribadi ketika itu,focus kepada isi krusus tersebut. Bla3.... Beberapa jam kemudian apa yang dapat En.Mee dapat hanyalah beberapa list dan teknik serta rasa bersalah. Apa yang dimaksudkan dengan list,teknik dan rasa bersalah itu? Ikuti ceritanya di bawah.... =)

Ok... Sebut tentang list,teknik dan rasa bersalah, list yang dimaksudkan adalah list tentang kelemahan En.Mee. Kenapa kelemahan? Sebab... Dalam krusus itu,mengenali kelemahan diri adalah perkara yang penting. Namanya pun krusus kepimpinan....Pemimpin kena sedar kelemahan dirikan ? hehehe... Nanti akan jadi pemimpin yang tidak sedar diri plak. Next, adalah teknik.... Teknik ni ada bermacam... Salah satunya adalah teknik mengenali diri sendiri. Teknik mengatasi rasa marah. Ini lah teknik yang paling berguna sebab En.Mee ni panas baran orangnya... =0.... Seterusnya adalah rasa bersalah... Rasa bersalah ni sebab rupanya En.Mee ada ha...........tiii la dengan seorang ni... En.Mee ni dengan panas barannya menyakitkan hati dia. Wow... pelik tp benar. Kalau suka,napa sakiti dia? Jawapannya ..... Jeng3.... En . Mee ni cuma manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Sebab tu rasa bersalah...

Mafia Revenge!


....My First Futsal Group....
In Good Memory =) 

Permainan Wayang Dunia

Apa yang dapat dilihat melalui kejadian-kejadian yang berlaku dalam dan luar negara,umpama satu wayang besar yang pelakonnya terdiri daripada kita sendiri. Kalau nak tengok wayang aksi ,misteri,cinta dan macam-macam lagi,kita cuma perlu keluar sekejap dan bergaul. Selepas itu,jadilah wayang yang antara pelakonya adalah kita sendiri dan pengarah dan jalan ceritanya ditentukan oleh kita sendiri.

Mengikut pengalaman yang En.Mee sendiri lalui, dia beranggapan ini semua hanya ilusi. Ilusi yang bersifat sementara atau sekejap. Kenapa En.Mee beranggapan sebegitu? Pertama sekali kita boleh dilhat sendiri latar belakang En.Mee di bawah:

Nama: En.Mee Bin Adam
Nama Ibu: Hawa
Asal: Negeri sebelah bermula dengan huruf S dan akhir H.
Daerah: KB
Status Masa Kini: Bujang
Tempat Kini: N9 (2011-Sekarang)
Pekerjaan: Pelajar Tahun Akhir di sebuah Kolej Swasta

Dipendekkan cerita,En.Mee hanya seorang perantau yang datang mencari ilmu dan inshaallah rezeki di negeri orang. Pada awal sampai ke N9,En.Mie hanya berseorang tanpa orang yang dipanggil teman atau kawan. Tahun pertama dimulakan dengan kisah suka.... Kawan makin ramai,enjoy ngan kawan sana sini.... Dekan semasa semester pertama.... Mungkin semangat yang berkobar disebabkan ingin membuktikan sesuatu kepada rakan-rakan sekolah yang lain yang dapat masuk ke Uni awam tetapi dia tak dapat.

Semester kedua diakhiri dengan kisah sedih bagi En.Mee kerana dia menerima markah yang amat rendah sehingga terpaksa resit dua paper. Pengiraan dan pengiraan. Hahaha... Faktor yang dapat dikesan pada masa tu ialah faktor emosi yang tidak stabil al-maklum la. Semester dua En.Mee gaduh ngan aweknya d negeri seberang. Frust dengan aweknya itu,dia tidak dapat focus belajar. Isk3.... Teruknya En.Mee ni... Pasal awek pun nak libat dalam pelajaran. Faktor yang kedua ialah "nombor". En. Mee tak suka nombor. Hahaha...

Semester tiga,akibat dari kejatuhan pada semester dua,En.Mee mulakan azam baru. iaitu,takkan resit paper lagi. Abaikan perkara yang boleh menyebabkan dia hilang focus. Cthnya: Kaum Hawa(normal la lelaki suka perempuan). Kononnya pada masa tu juga,En.Mee cuba mengejar cita dan cinta,tetapi terbukti sukar@susah giler! Bermulanya sifat-sifat dinginnya yang disebabkan oleh cita. Harapan orang tua terbukti masih lagi dalam fikiran. Dah la datang jauh belajar,jauh dari keluarga,jauh dari cinta. takkan la nak siakan harapan orang tua. Dia cuba singkirkan cinta buat sementara waktu.


To be continue.... =)

The Dark Side of Me

Ignore my language... I'm the Nazi in English.

This is the first blog written by my own. This blog about his experience and downs that I experienced throughout life. So, do not take personally if the reader feels the same. Hehehe...