Ya hello...Bertemu lagi dalam penulisan blog yang kurang dapat perhatian ini... Hahaha... (^-^)
Hari ni nak cerita mengenai angin perubahan @ Wind of Change...
Perubahan... Perlukah perubahan ini? Adakah perubahan ini satu perkara yang dituntut? Apa kah yang di maksudkan dengan seseorang atau sesebuah kaum kena berubah? Ada surah yang berbunyi....
Surah AlAnfaal. Ayat 053.
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Baiklah... Nak cakap pasal agama, En.Mee tidak la searif saudara saudari di sana. Tapi dari ayat ni, En. Mee dapat simpulkan bahawa, perubahan pada diri atau sesuatu kaum,ini cuma dapat dibuat sekiranya individu itu atau kaum itu yang membuat perubahannya. Maksudnya, Allah sendiri tidak menyatakan keraguan yang seseorang itu boleh berubah. Kalau Allah tidak ragu,why must we doubtful with our self? Emmmm.... Tanya la diri sendiri... Yakin la yang kita boleh berubah Inshaallah... Sesungguhnya Dia maha mengetahui tentang apa yang ada di langit dan di bumi. Kita manusia ni,tak cuba,mana la nak tahu. Istiqamah dalam perjuangan. Berubah la demi masa depan...
Perlukah perubahan ini? Bagi En.Mee, bergantung dengan diri sendiri. Berhati-hati dengan perubahan. Jika diri ni teruk, maka perubahan ni perlu. Teruk dari segi apa? Sifat,sikap,perangai dan seangkatan dengannya yang memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling. Melukakan hati ibubapa. Orang yang tersayang. Renung diri sendiri.... Moga Allah menyampaikan hidayahnya kepada orang-orang yang sudi menerimanya. Amin...

No comments:
Post a Comment