Monday, 20 May 2013

Permainan Wayang Dunia

Apa yang dapat dilihat melalui kejadian-kejadian yang berlaku dalam dan luar negara,umpama satu wayang besar yang pelakonnya terdiri daripada kita sendiri. Kalau nak tengok wayang aksi ,misteri,cinta dan macam-macam lagi,kita cuma perlu keluar sekejap dan bergaul. Selepas itu,jadilah wayang yang antara pelakonya adalah kita sendiri dan pengarah dan jalan ceritanya ditentukan oleh kita sendiri.

Mengikut pengalaman yang En.Mee sendiri lalui, dia beranggapan ini semua hanya ilusi. Ilusi yang bersifat sementara atau sekejap. Kenapa En.Mee beranggapan sebegitu? Pertama sekali kita boleh dilhat sendiri latar belakang En.Mee di bawah:

Nama: En.Mee Bin Adam
Nama Ibu: Hawa
Asal: Negeri sebelah bermula dengan huruf S dan akhir H.
Daerah: KB
Status Masa Kini: Bujang
Tempat Kini: N9 (2011-Sekarang)
Pekerjaan: Pelajar Tahun Akhir di sebuah Kolej Swasta

Dipendekkan cerita,En.Mee hanya seorang perantau yang datang mencari ilmu dan inshaallah rezeki di negeri orang. Pada awal sampai ke N9,En.Mie hanya berseorang tanpa orang yang dipanggil teman atau kawan. Tahun pertama dimulakan dengan kisah suka.... Kawan makin ramai,enjoy ngan kawan sana sini.... Dekan semasa semester pertama.... Mungkin semangat yang berkobar disebabkan ingin membuktikan sesuatu kepada rakan-rakan sekolah yang lain yang dapat masuk ke Uni awam tetapi dia tak dapat.

Semester kedua diakhiri dengan kisah sedih bagi En.Mee kerana dia menerima markah yang amat rendah sehingga terpaksa resit dua paper. Pengiraan dan pengiraan. Hahaha... Faktor yang dapat dikesan pada masa tu ialah faktor emosi yang tidak stabil al-maklum la. Semester dua En.Mee gaduh ngan aweknya d negeri seberang. Frust dengan aweknya itu,dia tidak dapat focus belajar. Isk3.... Teruknya En.Mee ni... Pasal awek pun nak libat dalam pelajaran. Faktor yang kedua ialah "nombor". En. Mee tak suka nombor. Hahaha...

Semester tiga,akibat dari kejatuhan pada semester dua,En.Mee mulakan azam baru. iaitu,takkan resit paper lagi. Abaikan perkara yang boleh menyebabkan dia hilang focus. Cthnya: Kaum Hawa(normal la lelaki suka perempuan). Kononnya pada masa tu juga,En.Mee cuba mengejar cita dan cinta,tetapi terbukti sukar@susah giler! Bermulanya sifat-sifat dinginnya yang disebabkan oleh cita. Harapan orang tua terbukti masih lagi dalam fikiran. Dah la datang jauh belajar,jauh dari keluarga,jauh dari cinta. takkan la nak siakan harapan orang tua. Dia cuba singkirkan cinta buat sementara waktu.


To be continue.... =)

No comments:

Post a Comment