Kebimbangan apa itu kebimbangan? Gangguan Kebimbangan Am (GAD) adalah satu tekanan dan kegelisahan kronik yang diperbesarkan walaupun tiada apa yang mencetuskannya. Orang yang mengalami GAD akan sentiasa menunggu berlakunya bencana, gelisah secara berlebihan berkenaan kesihatan, wang, keluarga atau kerja. Mereka susah untuk berehat dan tidak dapat mengenepikan rasa ambil tahu mereka walaupun mereka sedar bahawa kebimbangan mereka tidak rasional. Kesusahan mereka akan diikuti oleh gejala-gejala fizikal terutamanya menggeletar, gerenyetan, ketegangan otot, sakit kepala, meragam, berpeluh atau berasa panas secara tiba-tiba.
Mereka akan berasa seperti hendak pitam atau sesak nafas dan mungkin rasa mual atau perlu pergi ke tandas dengan lebih kerap. Selalunya kerosakan yang dikaitkan dengan GAD adalah sederhana dan mereka yang mengalami gangguan ini tidak akan berasa begitu tersekat dalam persekitaran sosial atau semasa bekerja. Bagaimanapun jika ianya teruk, maka GAD boleh melesukan, yang mengakibatkan susah melakukan aktiviti-aktiviti harian yang mudah sekalipun.
Petikan diatas diambil dari sumber, www.cgh.com.sg. Bla3..... Apa pun yang dimaksudkan di atas,kesimpulannya bimbang ni berkaitan tentang perasaan la.... Contohnya gelisah dan lain-lain. Menurut pengalaman En.Mee, dia pernah mengalami kebimbangan ini berkali-kali. Namun,setiap kebimbangan yang dialaminya, terdapat suatu perasaan kosong yang menyelubungi.
Kita rasa bimbang,kenapa pula rasa kosong? Mengada betul penulis ni... Hahaha... Ada yang terfikir macam ni? Ok yang ni berdasarkan pengalaman En.Mee. Awak tak rasa diam-diam la. Terus membaca.... =) Seterusnya, Perasaaan tu bertukar kepada perasaan benci dan marah. Kenapa? setelah diselidiki,perasaan itu berubah akibat daripada kekosongan yang dihadapi. Ingin mencari jawapan tapi tidak tahu di mana dan bagaimana nak mula. Frust berusaha mencari jawapan kepada kebimbangan,berubah menjadi kekosongan. Kekosongan bertukar menjadi benci dan marah pada diri sendiri yang kerap kali disalurkan kepada orang lain. Ini lebih dikenali sebagai gangguan emosi. Perasaan bercampur baur...
Penyelesaian kepada rasa bimbang yang tidak menentu ini ialah dengan kembali kepada ajaran agama masing-masing. Dalam Islam,kebimbangan ini sering berkait rapat dengan rasa bersalah@berdosa. Orang yang berdosa sering berasa bimbang.
Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila kamu terlibat dengan kesusahan atau kedukacitaan, maka katakanlah “Allahu-Rabbuna-La-Syariikalahu” (Allah tuhan kami, kami tidak syirik) [RiwayatBaihaki]. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.).
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada rasa dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang..”(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi)
Kesimpulannya, belajar la untuk mengawal perasaan diri sendiri. Banyakkan berdoa dan jangan lupa amalkan ajaran yang dituntut dalam agama masing-masing.
No comments:
Post a Comment